
Artikel
Posting Pilihan Kpn Tiba Di Sabah Untuk Lawatan Kerja
Kota Kinabalu, 16 Januari 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu petang t...
Kota Kinabalu, 16 Januari 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu petang tadi dalam rangka lawatan kerja untuk meninjau persempadanan Sabah dan Kalimantan dekat Indonesia.
Ketibaan beliau dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa disambut oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato' Idris Abdullah.
Turut mengiringi lawatan kerja KPN itu ialah Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) Bukit Aman, CP Datuk Mastor Ariff serta Setiausaha Polis Malaysia, DCP Tuan Ruslan Khalid.