Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Kpn Sertai Program Mendaki Bukit Kiara Bersama Komuniti Kontinjen Kuala Lumpur

Published: 04 Feb 2023 1.29 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 4 Februari 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani pagi tadi menyertai Program Mendaki Bukit Kiara bersama komuniti kontinjen Kuala Lumpur dan penduduk setempat dekat Taman Persekutuan, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kpn-sertai-program-mendaki-bukit-kiara-bersama-komuniti-kontinjen-kuala-lumpur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:24 MYT
Kuala Lumpur, 4 Februari 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani pagi tadi menyertai Program Mendaki Bukit Kiara bersama komuniti kontinjen Kuala Lumpur dan penduduk setempat dekat Taman Persekutuan, di sini.

Program tersebut turut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Puan Hannah Yeoh yang bersama-sama memberikan semangat serta berkesempatan beramah mesra dengan penduduk sekitar ibu kota.

Program tersebut juga dapat membantu mempromosikan amalan gaya hidup sihat sebagaimana saranan pucuk pimpinan PDRM.

Hadir sama ialah Ketua Polis KL, CP Datuk Azmi Abu Kassim bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Kuala Lumpur, Datin Sharifah Rodziah Syed Agil, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Hj. Abdul Shukor serta warga kerja IPD Brickfields yang terlibat.

ArticlePublished 04 Feb 2023 1.29 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM