
Article
Posting Pilihan Kpn Santuni Warga Ipk Kelantan
Kelantan, 6 April 2021 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, telah meluangkan masa menyatuni warga kerja Ibu Pejabat Polis Konti...
Kelantan, 6 April 2021 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, telah meluangkan masa menyatuni warga kerja Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dalam satu lawatan yang diadakan di sini, pagi tadi.
Kehadiran Tan Sri Abdul Hamid di IPK Kelantan bukan sahaja meninjau kebajikan warganya malah turut memberikan kata-kata semangat dan perangsang buat semua petugas.
Beliau juga mengingatkan semua warga IPK agar terus bersatu hati serta bekerjasama demi memenuhi matlamat dan hala tuju dalam Pasukan.
Sumber:
Polis Kontinjen Kelantan