
Artikel
Posting Pilihan Kpn Santuni Penduduk Setempat Di Surau Al Muttaqun Usj 12
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menyantuni penduduk setempat dengan berbuka puasa di Surau Al-Muttaqun USJ12, di sini, semala...
Subang Jaya, 10 April 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menyantuni penduduk setempat dengan berbuka puasa di Surau Al-Muttaqun USJ12, di sini, semalam.
Kehadiran beliau dan isteri, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia di sambut mesra oleh ahli kariah masjid yang turut berbuka puasa bersama.
Hadir sama, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Hj. Abdul Shukor, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar dan sebahagian warga Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.