Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Kpn Saksi Majlis Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Polis Sabah

Published: 02 Sep 2021 7.36 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Kinabalu, 2 September 2021 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani hari ini menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah di antara CP Datuk Hazani Ghazali dengan penyandang baharu, CP Dato’ Idris Abdullah di Auditorium, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini pagi, tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kpn-saksi-majlis-serah-terima-tugas-pesuruhjaya-polis-sabah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:27 MYT
Kota Kinabalu, 2 September 2021 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani hari ini menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah di antara CP Datuk Hazani Ghazali dengan penyandang baharu, CP Dato’ Idris Abdullah di Auditorium, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini pagi, tadi.

Dato' Idris merupakan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan), Jabatan Pengurusan yang dinaikkan ke pangkat Komisioner Polis dalam pertukaran pegawai kanan polis, baru-baru ini.

Berucap dalam majlis tersebut, Dato' Sri Acryl Sani percaya dengan kemampuan Dato’ Idris untuk meningkatkan lagi kecemerlangan polis Kontinjen Sabah dalam memberi perkhidmatan yang terbaik buat seluruh masyarakat di negeri tersebut.

“Saya amat yakin, Dato’ Idris mampu memenuhi mandat dan kepercayaan yang diberikan ini dengan penuh dedikasi sekali gus memberikan perkhidmatan yang terbaik buat seluruh rakyat di negeri di Bawah Bayu ini,” ujar beliau.

Turut berlangsung dalam majlis yang sama ialah Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Sabah di antara penyandangnya, Datin Fadziah Abdul Hamid dengan Datin Suraya Zainal yang disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Sri Ir. Zaitun Mohd Isa.

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Mazli Mazlan, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), DCP Datuk Ahmad Fuad Othman, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Othman Nanyan dan para pegawai kanan polis.

Sumber: Polis Sabah

ArticlePublished 02 Sep 2021 7.36 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM