Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pdrm Akan Panggil Ketua Ajaran Pmyt Kpn

Diterbitkan: 02 Sep 2021 6.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kota Kinabalu, 2 September 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengumpul maklumat berkaitan ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) dikembangkan Sittah Annur yang dipercayai bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-akan-panggil-ketua-ajaran-pmyt-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:40 MYT
Kota Kinabalu, 2 September 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengumpul maklumat berkaitan ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) dikembangkan Sittah Annur yang dipercayai bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, pihaknya sedar akan gerakan-gerakan seperti ini dan ia bukan perkara baru.

Katanya, siasatan perlu diteliti dan akan mengumpul segala maklumat selengkap-lengkapnya apakah ajaran yang mereka bawa kerana ia membabitkan jabatan lain.

"Saya lihat benda (ajaran PMYT) ini masih lagi dalam kawalan dan kita kalau ambil tindakan seperti ini tidak boleh tergesa-gesa dan tidak terburu-buru.

"Kita harus mengumpul segala maklumat selengkap-lengkapnya kerana ia membabitkan jabatan lain iaitu Jabatan Agama Islam. Kita harus mendapatkan juga nasihat dan pandangan mereka," katanya ketika sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah, di Auditorium, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.

Sumber: Harian Metro

ArtikelDiterbitkan 02 Sep 2021 6.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM