
Article
Posting Pilihan Kpn Perkukuh Hubungan Pdrm Dan Kerajaan Negeri Sabah
Kota Kinabalu, 17 Januari 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, memperkukuh kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) d...
Kota Kinabalu, 17 Januari 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, memperkukuh kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Negeri Sabah melalui kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Hj. Noor, di Kediaman Rasmi Ketua Menteri, di sini, pagi tadi.
Kunjungan yang turut diiringi Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun itu menjadi platform perbincangan isu keselamatan dan ketenteraman awam. Kedua-dua pihak menzahirkan komitmen untuk memperkukuh kerjasama sedia ada demi memastikan keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian rakyat Sabah selaras agenda pembangunan dan kestabilan negeri.
Turut hadir Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abdul Rahman Kassim, dan Ketua Lesen Pasukan Urus Setia KPN (Lesen Senjata Api) Bukit Aman, SAC Kama Azural Mohamed.