
Article
Posting Pilihan Kpn Lakukan Ziarah Kebajikan Kepada Anggota Ipd Kota Kinabalu
Kota Kinabalu, 7 September 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain meluangkan masa menziarahi anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Ibu...
Kota Kinabalu, 7 September 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain meluangkan masa menziarahi anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Koperal Wilfred Wenceslaus dekat Rumah Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Kota Kinabalu, Selasa lalu.
Koperal Wilfred yang mengalami kecederaan parah sehingga kehilangan kaki kanan akibat kemalangan jalanraya dan kini masih menjalani rawatan pemulihan secara berperingkat di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.
Selain memberikan kata-kata semangat dan sokongan moral, Tan Sri Razarudin juga turut menyampaikan sumbangan kebajikan kepada Koperal Wilfred dan keluarga.
Turut hadir, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah bersama isteri merangkap Pengerusi PERKEP IPD Kota Kinabalu, Puan Wan Norzihan Mat Azahari, para pegawai kanan serta ahli-ahli PERKEP.
Sumber: Polis Daerah Kota Kinabalu