Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Kpn Adakan Lawatan Mengejut Ke Muzium Pdrm

Diterbitkan: 07 Sep 2023 6.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 7 September 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengadakan lawatan mengejut ke Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kpn-adakan-lawatan-mengejut-ke-muzium-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:48 MYT
Kuala Lumpur, 7 September 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengadakan lawatan mengejut ke Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, semalam.

Lawatan tersebut bertujuan meninjau sendiri operasi harian Muzium PDRM bagi memastikan keadaan dan peralatan yang dipamerkan dalam keadaan yang baik serta dapat berjalan dengan lancar, selain melihat sendiri isu permasalahan yang dihadapi oleh pihak Muzium PDRM.

Ketika lawatan tersebut, Tan Sri Razarudin turut diberikan taklimat ringkas berkenaan pengurusan muzium oleh ASP Heraldry/Pendidikan Muzium Kepolisan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, ASP Mohd Aizuddien Baharom.

Hadir sama, Ketua Perhubungan Antarabangsa, Urus Setia KPN, SAC Suparamaniam Ramasamy, ASP Perolehan Koleksi/Peragaan Galeri Muzium Kepolisan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, ASP Nor Fazila Ibrahim serta warga kerja Muzium PDRM.

Sumber: Muzium Polis Diraja Malaysia

May be an image of 4 people, ambulance and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 5 people

May be an image of 3 people
ArtikelDiterbitkan 07 Sep 2023 6.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM