Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Kpn Lakukan Ziarah Kebajikan Kepada Anggota Ipd Kota Kinabalu

Diterbitkan: 07 Sep 2023 8.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Kinabalu, 7 September 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain meluangkan masa menziarahi anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Koperal Wilfred Wenceslaus dekat Rumah Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Kota Kinabalu, Selasa lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kpn-lakukan-ziarah-kebajikan-kepada-anggota-ipd-kota-kinabalu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:12 MYT
Kota Kinabalu, 7 September 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain meluangkan masa menziarahi anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Koperal Wilfred Wenceslaus dekat Rumah Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Kota Kinabalu, Selasa lalu.

Beliau yang hadir bersama isteri merangkap Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Zainah Othman, disambut Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun dan isteri yang juga merupakan Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah, Datin Nurhayatie Farhana Abdullah.

Koperal Wilfred yang mengalami kecederaan parah sehingga kehilangan kaki kanan akibat kemalangan jalanraya dan kini masih menjalani rawatan pemulihan secara berperingkat di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

Selain memberikan kata-kata semangat dan sokongan moral, Tan Sri Razarudin juga turut menyampaikan sumbangan kebajikan kepada Koperal Wilfred dan keluarga.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah bersama isteri merangkap Pengerusi PERKEP IPD Kota Kinabalu, Puan Wan Norzihan Mat Azahari, para pegawai kanan serta ahli-ahli PERKEP.

Sumber: Polis Daerah Kota Kinabalu
ArtikelDiterbitkan 07 Sep 2023 8.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM