
Artikel
Posting Pilihan Kpn Iringi Pm Tinjau Kawasan Terjejas Banjir Di Kedah
Alor Setar, 23 Ogos 2021 - Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani hari ini mengiringi Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob me...
Alor Setar, 23 Ogos 2021 - Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani hari ini mengiringi Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob meninjau kawasan terjejas banjir susulan fenomena kepala air dari Gunung Jerai yang berlaku pada Rabu lalu.
Turut bersama dalam lawatan Perdana Menteri tadi ialah Menteri Besar Kedah, Tuan Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan Ketua Polis Kedah, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat.
Beberapa tempat turut dilawat dalam daerah Kuala Muda dan Yan, di sini antaranya Jambatan Tupah, Taman Lembah Merbok dan Loji Rawatan Air Tupah.
Dato' Sri Acryl bersama Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan), CP Datuk Mastor Mohd Ariff turut mengiringi Perdana Menteri meninjau keadaan di Titi Hayun sebelum mendengar taklimat keadaan keselamatan semasa di pusat rekreasi tersebut.
Sumber: Polis Kedah