Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Kpn Hadiri Mesyuarat Jkpksn Bilangan 1 Tahun 2026

Diterbitkan: 14 Jan 2026 6.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 14 Januari 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara (JKPKSN) Bilangan 1 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kpn-hadiri-mesyuarat-jkpksn-bilangan-1-tahun-2026
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:05 MYT

Putrajaya, 14 Januari 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara (JKPKSN) Bilangan 1 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, di sini, semalam.

Mesyuarat tersebut merupakan mesyuarat pertama JKPKSN bagi tahun 2026 dan melibatkan penyertaan kementerian serta agensi kerajaan berkaitan yang berperanan dalam kawalan dan penguatkuasaan sempadan negara.

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah penambahbaikan prosedur pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, pelaksanaan Sistem Indeks Keselamatan Sempadan Negara serta pembentangan laporan situasi keselamatan sempadan negara oleh agensi-agensi penguatkuasaan di kawasan sempadan.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Dr. Awang Alik Jeman, barisan kepimpinan tertinggi KDN serta ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah kementerian.

ArtikelDiterbitkan 14 Jan 2026 6.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM