Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Kpn Hadir Perhimpunan Bulanan Kdn Anjuran Aadk

Published: 23 May 2024 10.00 AM Updated: 15 Aug 2026 8.12 PM
Putrajaya, 23 Mei 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bulan ini yang berlangsung dekat Auditorium Setia Perkasa, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kpn-hadir-perhimpunan-bulanan-kdn-anjuran-aadk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:07 MYT
Putrajaya, 23 Mei 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bulan ini yang berlangsung dekat Auditorium Setia Perkasa, di sini.

Majlis anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK) itu telah disempurnakan Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Seusai ucapan, Datuk Seri Saifuddin yang diiringi Tan Sri Razarudin bersama Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi telah menyaksikan penyampaian Surat Pernyataan Hasrat antara Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Shobah Jamil dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS), Profesor Madya Dr. Muhammad Nasri Md Hussain.

Ia sebagai jalinan kerjasama antara AADK dengan UniSHAMS bagi meningkatkan profesionalisme pegawai-pegawai AADK dalam bidang kaunseling yang menjadi bidang keutamaan penyampaian perkhidmatan teras agensi itu.

Turut berlangsung dalam majlis sama ialah penyerahan Kit Risk and Protective Factor, Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) oleh Puan Shobah kepada Datuk Seri Saifuddin Nasution dan pelancaran Kempen Antidadah terbaharu bagi tahun ini bersama slogan, "TAK PAYAH, TAK NAK" bagi mengingatkan semua pihak agar menolak najis dadah.

Hadir sama, barisan Timbalan KSU KDN, ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KDN serta barisan Pengarah dan para pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)

May be an image of 1 person and flute

May be an image of 1 person and dais

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 1 person and dais

May be an image of 5 people, dais and text that says 'ALAYSIA ADANI ၁န'

May be an image of 3 people, dais and text that says 'RPF: LATIHAN KESEDARAN PASUKAN'
ArticlePublished 23 May 2024 10.00 AMUpdated 15 Aug 2026 8.12 PM