Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Kpn Hadir Mesyuarat Pasca Kabinet Kdn Bilangan 1 Tahun 2026

Published: 12 Jan 2026 12.26 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Mesyuarat pertama bagi tahun ini diadakan bagi membincangkan hala tuju serta perancangan strategik KDN bersama agensi-agensi di bawahnya sepanjang tahun, selain meneliti isu-isu semasa yang memerlukan penyelesaian bersama khususnya dalam aspek keselamatan dan ketenteraman awam negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kpn-hadir-mesyuarat-pasca-kabinet-kdn-bilangan-1-tahun-2026
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:00 MYT
Putrajaya, 12 Januari 2026 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bilangan 1 Tahun 2026 di Bilik Mesyuarat Perkasa, Kompleks Setia Perkasa, KDN, di sini, petang tadi.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut dihadiri Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Dr. Awang Alik Jeman.

Mesyuarat pertama bagi tahun ini diadakan bagi membincangkan hala tuju serta perancangan strategik KDN bersama agensi-agensi di bawahnya sepanjang tahun, selain meneliti isu-isu semasa yang memerlukan penyelesaian bersama khususnya dalam aspek keselamatan dan ketenteraman awam negara.

Hadir sama, barisan Timbalan KSU KDN, Komander Eastern Sabah Security Command, DCP Datuk Victor Sanjos dan para pegawai kanan jabatan serta agensi di bawah KDN.

ArticlePublished 12 Jan 2026 12.26 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM