
Artikel
Posting Pilihan Kpn Hadir Mesyuarat Pasca Kabinet Bersama Pengurusan Tertinggi Kdn
Putrajaya, 14 Disember 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini hadir dalam Mesyuarat Pasca Kabinet bersama pengurusan...
Putrajaya, 14 Disember 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini hadir dalam Mesyuarat Pasca Kabinet bersama pengurusan tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi di bawahnya di sini.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ini adalah untuk memperhalusi gerak kerja kementerian bagi memastikan setiap peranan, tugas dan koordinasi antara jabatan di bawah KDN dapat diselaraskan supaya memberi impak yang berkesan kepada masyarakat.