
Posting Pilihan Kpn Hadir Mesyuarat Berkaitan Jenayah Dalam Talian Dipengerusikan Menteri Kkd
Kuala Lumpur, 4 Julai 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain petang tadi menghadiri Mesyuarat Berkaitan Jenayah Dalam Talian yang dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Tuan Fahmi Fadzil di Bilik Mesyuarat KPN dekat Bukit Aman, di sini.
Mesyuarat yang turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Puan Teo Nie Ching, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din serta Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dato' Ts. Dr. Haji Amiruddin Abdul Wahab itu antara lainnya menyatakan kesediaan pihak Meta untuk bekerjasama erat bagi membendung jenayah dalam talian di negara ini.
Menurut Tuan Fahmi, hasil mesyuarat itu diharapkan mampu mengurangkan jenayah penipuan, judi dalam talian dan isu 3R (raja, agama dan bangsa) di platform META.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf dan Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Encik Ma. Sivanesan.
Sumber: Fahmi Fadzil