
Article
Posting Pilihan Kpn Hadir Meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Masjid Annur Usj 4
Subang Jaya, 14 Mei 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani selaku Nazir Masjid Annur, USJ 4 telah hadir memeriahkan Rumah Ter...
Subang Jaya, 14 Mei 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani selaku Nazir Masjid Annur, USJ 4 telah hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri di perkarangan Masjid Annur di sini, pagi tadi.
Beliau bersama isteri, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa berkesempatan beramah mesra bersama lebih 2,000 para tetamu jemputan yang hadir.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan, DCP Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP Dato' Mohd Yusof Hj. Mamat serta Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat.