Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Kpn Hadir Majlis Ramah Mesra Timbalan Mdn Bersama Warga Pdrm Dan Pesara Polis Johor

Published: 18 Jun 2026 12.56 PM Updated: 15 Aug 2026 7.52 PM
Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Polis (KP) Johor, CP Dato’ Ab Rahaman Arsad bersama barisan kepimpinan PDRM Kontinjen Johor. Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid berkesempatan beramah mesra bersama warga PDRM dan para pesara polis sebelum ketibaan Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kpn-hadir-majlis-ramah-mesra-timbalan-mdn-bersama-warga-pdrm-dan-pesara-polis-johor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 09:38 MYT
Johor Bahru, 18 Jun 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah menghadiri Majlis Ramah Mesra Timbalan Menteri Dalam Negeri (Timbalan MDN) Bersama Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pesara Polis Johor yang berlangsung di Dewan Dato’ Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Polis (KP) Johor, CP Dato’ Ab Rahaman Arsad bersama barisan kepimpinan PDRM Kontinjen Johor. Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid berkesempatan beramah mesra bersama warga PDRM dan para pesara polis sebelum ketibaan Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah.

Majlis tersebut diadakan sebagai platform memperkukuh hubungan silaturahim antara kepimpinan Kementerian Dalam Negeri, PDRM serta warga kerja di lapangan dan para pesara polis.

Program tersebut turut menjadi wadah bertukar pandangan selain memberi penekanan terhadap aspek kebajikan pasca perkhidmatan bagi memastikan golongan pesara terus dihargai, diberi perhatian dan sentiasa terbela.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Mohamad Noor Yusof Ali, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara) Bukit Aman, SAC Alina Saad, barisan ketua jabatan Kontinjen Johor, ketua-ketua polis daerah dan formasi.

Sumber: Polis Johor

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of text that says 'OLISJOHOR BUPEJABAT POLIS BUPEJABATPOLISKONTINI POLISKONTIN KONTIN. fficia Polisao 天 OLISJOHOR OLIS JOHOR'

May be an image of table, dais and text

May be an image of text

May be an image of dais and text

ArticlePublished 18 Jun 2026 12.56 PMUpdated 15 Aug 2026 7.52 PM