
Article
Posting Pilihan Kpn Hadir Majlis Berbuka Puasa Madani 2026 Bersama Pm
Kulim, 8 Mac 2026 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Bersama Perdana Menteri (PM),...
Kulim, 8 Mac 2026 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Bersama Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim bertempat di Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim, di sini, semalam.
Majlis yang dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan silaturahim antara kepimpinan negara dan anggota agensi keselamatan, selain memupuk semangat perpaduan, kerjasama serta nilai kebersamaan dalam kalangan semua agensi yang terlibat.
Turut hadir, Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Dr. Awang Alik Jeman, Ketua Polis Kedah, CP Datuk Adzli Abu Shah, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA) Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohd Rodhi, Komander Briged Utara PGA, SAC Balveer Singh Mahindar Singh.
Sumber: Batalion 2 PGA Kulim Kedah