
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jlog Adakan Lawatan Kerja Ke Ipd Limbang Dan Lawas
Limbang, 8 Mac 2026 – Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Datuk Gilberd Philip Layang mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)...
Limbang, 8 Mac 2026 – Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Datuk Gilberd Philip Layang mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang, Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Wilayah 5 dan IPD Lawas, di sini, baru-baru ini.
Lawatan itu bertujuan meninjau keperluan logistik bangunan IPD dan markas berkenaan, selain menyampaikan amanat serta beramah mesra dengan warga kerja di sana.
Beliau turut menyampaikan surat penghargaan kepada warga kerja IPD kerana mempamerkan khidmat bakti yang cemerlang sepanjang menjalankan tugas.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Kewangan/Perolehan/Kepolisan Am), JLog Bukit Aman, SAC Rohana Abdul Rahman dan Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Fasiliti), JLog Bukit Aman, ACP Paul Henry Mewar Singh.
Sumber: Ipd Limbang Sarawak dan Polis Daerah Lawas