
Artikel
Posting Pilihan Kpn Dan Timbalan Serikan Majlis Berbuka Puasa Polis Kuala Lumpur Bersama U Mobile
Kuala Lumpur, 12 April 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama timbalannya, DIG Tan Sri Razarudin Husain hadir menyeri...
Kuala Lumpur, 12 April 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama timbalannya, DIG Tan Sri Razarudin Husain hadir menyerikan Majlis Berbuka Puasa Polis Kuala Lumpur bersama syarikat telekomunikasi, U Mobile yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur (KL), di sini malam tadi.
Hadir sama, Pemangku Ketua Polis KL, DCP Dato' Yahaya Othman, barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia, Ketua-ketua Jabatan IPK KL dan Ketua-ketua Polis Daerah Kontinjen KL serta warga IPK.
Terdahulu telah berlangsung Pelancaran Kempen Pemanduan Berhemah & Rumah Selamat Kontinjen Kuala Lumpur dengan kerjasama U Mobile sebagai persediaan Op Selamat 20 yang akan diadakan tidak lama lagi.
U Mobile yang merupakan penaja Op Selamat buat kali kedua nanti akan menghantar peringatan mesra dan kesedaran keselamatan kepada para pengguna, selain menyediakan ketersambungan (connectivity) mampu milik supaya masyarakat Malaysia dapat terus berhubung dengan orang tersayang sepanjang tempoh perayaan.