
Article
Posting Pilihan Kp Melaka Lawat Kawasan Terjejas Dan Santuni Mangsa Banjir
Melaka, 19 Disember 2021- Ketua Polis (KP) Melaka, DCP Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali malam tadi melawat beberapa kawasan di negeri Melaka yang terjejas dinai...
Melaka, 19 Disember 2021- Ketua Polis (KP) Melaka, DCP Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali malam tadi melawat beberapa kawasan di negeri Melaka yang terjejas dinaiki air sebelum menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok China di Alor Gajah, di sini.
Selain memastikan ketenteraman awam terpelihara, Polis Melaka turut membuat rondaan bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta awam yang terpaksa ditinggalkan akibat banjir sentiasa selamat.
#PolisDanMasyarakatBerpisahTiada
Sumber: Polis Melaka