Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Terkini Artikel Pilihan Lebih 23 000 Pegawai Dan Anggota Serta Aset Aset Pdrm Bantu Mangsa Banjir Kpn

Diterbitkan: 18 Dec 2021 4.11 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 19 Disember 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersiap siaga untuk menggerakkan 23,090 pegawai dan anggotanya di seluruh negara bagi memberi bantuan berikutan bencana banjir.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/terkini-artikel-pilihan-lebih-23-000-pegawai-dan-anggota-serta-aset-aset-pdrm-bantu-mangsa-banjir-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:49 MYT
Kuala Lumpur, 19 Disember 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersiap siaga untuk menggerakkan 23,090 pegawai dan anggotanya di seluruh negara bagi memberi bantuan berikutan bencana banjir.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, jumlah pegawai dan anggota yang akan dikerahkan itu adalah sebagai bantuan tambahan kepada kekuatan sedia ada di kontinjen negeri.

"Seramai 3,454 pegawai dan anggota daripada keseluruhan 23,090 digerakkan dalam menangani situasi semasa keadaan banjir dan bencana di beberapa lokasi di Selangor.
"Selain itu, PDRM turut menyediakan 369 unit bot dan enjin, 36 unit jet ski, 437 buah lori dan 1,409 unit kenderaan pacuan empat roda," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Sabtu.

Tan Sri Acryl Sani berkata, keutamaan paling penting pada masa ini adalah keselamatan mangsa-mangsa banjir sama ada bagi tujuan pemindahan ke kawasan selamat, mengawasi keselamatan dan ketenteraman awam di samping mengekang penularan wabak pandemik Covid-19.

Sumber: Sinar Harian
ArtikelDiterbitkan 18 Dec 2021 4.11 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM