
Posting Pilihan Konsultan Obstetrik Dan Ginekologi Hospital Gleneagles Johor Bahru Bersama Kkk Pdrm Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Kp Johor
Johor Bahru, 21 Disember 2020 – Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay, berbesar hati menerima Kunjungan Hormat daripada Konsultan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Gleneagles, Johor Bahru, Dr. Alexandria See bersama Ketua Komunikasi Korporat (KKK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), SAC Datin Seri Dato' Asmawati Ahmad di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, pagi tadi.
Kunjungan hormat tersebut bersempena program “Barisan Hadapan Bersatu Menentang Kanser Serviks” dengan Kerjasama Yayasan ROSE pada hari ini dan esok di mana semua pegawai, anggota dan kakitangan awam wanita PDRM Johor yang berkelayakan akan ditawarkan ujian saringan kanser serviks menggunakan kaedah ujian Virus Papiloma Manusia (HPV) secara percuma.
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor, DCP Dato’ Khaw Kok Chin, Ketua Polis Daerah, Johor Bahru Utara, ACP Puan Rupiah Abd Wahid dan para pegawai kanan IPK Johor.
Sumber: Polis Johor