Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Komuniti Sibu Puji Tugas Baik Polis

Published: 19 Aug 2023 6.57 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sibu, 19 Ogos 2023 - Polis Sibu telah menerima pujian daripada komuniti di daerah itu atas tugas dan usaha baik mereka mengekalkan keamanan dan keselamatan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-komuniti-sibu-puji-tugas-baik-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:56 MYT
Sibu, 19 Ogos 2023 - Polis Sibu telah menerima pujian daripada komuniti di daerah itu atas tugas dan usaha baik mereka mengekalkan keamanan dan keselamatan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing.

“Sibu kini tidak seperti sebelum ini (dengan kes jenayah). Mereka (komuniti) amat berterima kasih dengan polis Sibu kerana telah meningkatkan keselamatan dan kemananan. Saya minta pihak polis terus mengekalkan tugas baik itu dalam memastikan keselamatan orang awam bukan sahaja di Sibu, tetapi juga di seluruh Sarawak,” katanya.

Dato Sri Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong berkata demikian pada majlis penyampaian bot bersama enjin dan treler bernilai RM33,800 yang disumbangkannya kepada Polis Kontinjen Sarawak di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, di sini semalam.

Dato Sri Tiong berkata beliau telah menjanjikan lima buah bot, namun begitu hanya dua sahaja yang tiba apabila kilang yang membuat bot berkenaan telah ditutup akibat masalah perniagaan ketika pandemik COVID-19.

“Kami bercadang untuk mendapatkan tiga lagi bot dari Taiwan selepas ini,” katanya dan sebagai tambahan berjanji untuk menyumbangkan 50 unit lampu jalan tenaga solar bernilai RM105,000 untuk dipasangkan dalam kawasan IPD Sibu.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri hadir bagi menerima bot dan peralatan tersebut.

Sumber: Polis IPD Sibu dan BERNAMA

ArticlePublished 19 Aug 2023 6.57 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM