Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Hari Kebangsaan Ke 66 Aksi Lasak Sambutan Hari Kemerdekaan

Diterbitkan: 19 Aug 2023 4.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Bacaan lanjut dalam akhbar terbitan Utusan Online.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hari-kebangsaan-ke-66-aksi-lasak-sambutan-hari-kemerdekaan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:29 MYT
Putrajaya, 19 Ogos 2023 - Persembahan aksi bermotosikal Army Red Warrior, Tentera Darat Malaysia bakal menjadi satu daripada tarikan utama pengunjung pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya 31 Ogos ini.

Turut dipersembahkan dalam segmen ketiga iaitu Cabaran dan Ketangkasan adalah persembahan terjunan tepat oleh 69 Komando dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta segmen keempat iaitu Gegar Madani dengan gerak tari penutup persembahan khas.
Terdapat juga penglibatan aset kenderaan daripada pelbagai kontinjen antaranya aset pasukan keselamatan negara, kontinjen ekonomi dan telekomunikasi.

Putrajaya sekali lagi dipilih sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2023 iaitu merupakan penganjuran kali kelima di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini selepas diadakan kali terakhir pada tahun 2019.

Bacaan lanjut dalam akhbar terbitan Utusan Online.

 
ArtikelDiterbitkan 19 Aug 2023 4.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM