
Artikel
Posting Pilihan Kisah Sebenar Pertempuran Lahad Datu Dibukukan
Ipoh, 21 April 2021 - Buat pertama kali kisah sebenar Pertempuran Lahad Datu, Sabah lapan tahun lalu yang melibatkan pasukan 69 Komando didedahkan secara terbu...
Ipoh, 21 April 2021 - Buat pertama kali kisah sebenar Pertempuran Lahad Datu, Sabah lapan tahun lalu yang melibatkan pasukan 69 Komando didedahkan secara terbuka kepada umum dalam sebuah buku khas, 69 Komando: Lahad Datu 2013 yang dilancarkan hari ini.
Buku setebal kira-kira 170 muka surat dengan lebih 200 gambar berwarna serta gambar rajah dan peta itu memberi gambaran terperinci bagaimana peristiwa tersebut berlaku termasuk rentetan cemas pertempuran melibatkan 69 Komando di Kampung Simunul, Semporna.
Ia ditulis oleh bekas ketua pengarang majalah pertahanan Tempur, Muhammad Fuad Mat Noor dengan kerjasama Markas 69 Komando Pasukan Gerakan Khas, Kem Ulu Kinta.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar berkata, penerbitan buku tersebut sangat penting kerana 69 Komando adalah pasukan yang terlibat secara langsung dalam peristiwa berdarah tersebut.
Menurut beliau, ia juga bagi dijadikan rujukan pada masyarakat tentang peristiwa itu dan pada masa sama dapat mengenali peranan pasukan 69 Komando.
“Buku ini telah berjaya memberi gambaran terperinci yang belum pernah ditulis atau didedahkan oleh mana-mana pihak yang terlibat.
Sumber: Utusan Malaysia dan