
Article
Posting Pilihan Ketua Komunikasi Korporat Pdrm Sampaikan Taklimat Pengurusan Media Kepada Warga Ipk Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, 14 Disember 2020 - Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Datin Seri Dato' Asmawati Ahmad berbesar hati menyampaikan taklimat mengenai pengurusan me...
Kuala Lumpur, 14 Disember 2020 - Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Datin Seri Dato' Asmawati Ahmad berbesar hati menyampaikan taklimat mengenai pengurusan media kepada warga kerja Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.
Sesi yang dihadiri hampir 40 pegawai kanan itu bertujuan memberi garis panduan dan tatacara dalam pengurusan komunikasi serta media bagi memastikan setiap maklumat yang ingin disampaikan kepada masyarakat adalah tepat dan difahami dengan jelas.
Turut hadir, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Saiful Azly Haji Kamaruddin, Ketua Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur, SAC Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif dan Ketua Cawangan Khas Kuala Lumpur, SAC Tuan Abu Samah Mohd Noor.
Sumber: Polis KL