Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Kes Culik Ahli Perniagaan Polis Jumpa Semula Rm7 2 Juta Wang Tebusan

Published: 30 Oct 2024 9.30 AM Updated: 15 Aug 2026 6.48 PM
Johor Bahru, 30 Oktober 2024 - Polis berjaya menemukan semula RM7.2 juta daripada kira-kira RM20 juta wang tebusan yang dibayar keluarga seorang ahli perniagaan yang diculik dalam kejadian pada 13 Oktober lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kes-culik-ahli-perniagaan-polis-jumpa-semula-rm7-2-juta-wang-tebusan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:52 MYT
Johor Bahru, 30 Oktober 2024 - Polis berjaya menemukan semula RM7.2 juta daripada kira-kira RM20 juta wang tebusan yang dibayar keluarga seorang ahli perniagaan yang diculik dalam kejadian pada 13 Oktober lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata wang tebusan yang dijumpai semula itu ialah wang tunai berjumlah RM1.95 juta, satu juta dolar Singapura (anggaran RM3.3 juta) dan 400,000 mata wang kripto (RM1.75 juta).
“Selain wang, kita turut menemukan barang kes iaitu sepucuk pistol jenis Pietro Beretta, 250 butir peluru hidup dan sepasang gari,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor yang turut dihadiri Ketua Polis Johor, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Dato' Sri Mohd Shuhaily berkata setakat ini sebanyak 14 individu telah ditahan membabitkan kes itu dan peranan mereka dalam kes penculikan terbabit turut dikenal pasti termasuk dalam konteks perancangan dan pelaksanaan culik, melupus barang kes serta pengurusan wang tebusan.
Bagaimanapun, beliau berkata pihak polis masih menyiasat motif dan dalang kes penculikan ahli perniagaan itu yang merupakan seorang pemaju hartanah.
“Mengenai seorang ahli keluarga mangsa yang turut ditahan, perkara ini masih dalam siasatan, jika kita maklum siapa, ia mungkin akan mengganggu siasatan, buat masa ini masih terlalu awal untuk kita kongsikan maklumat itu, tetapi saya boleh sebut dia adalah wanita,” katanya.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2357595
Sumber: Polis Johor dan BERNAMA
 
ArticlePublished 30 Oct 2024 9.30 AMUpdated 15 Aug 2026 6.48 PM