
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Judi Online Warga Pdrm Tidak Akan Terlepas Tindakan Tatatertib
Kuala Lumpur, 30 Oktober 2024 - “Berapa peratus kaki judi ini menjadi kaya? Jika kalah dan wang sudah habis, ia akan membuka pelbagai peluang lain, mereka (ang...
Kuala Lumpur, 30 Oktober 2024 - “Berapa peratus kaki judi ini menjadi kaya? Jika kalah dan wang sudah habis, ia akan membuka pelbagai peluang lain, mereka (anggota/pegawai) ingin ‘pau' atau terbabit dalam rasuah,” kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Sri Azri Ahmad.
"Ini yang kita akan bendung, JIPS akan melakukan pemeriksaan berkala termasuk ujian air kencing dan pemeriksaan telefon pintar,” katanya lagi ketika dihubungi.
Menurut Dato' Sri Azri, pihaknya tidak akan berkompromi dengan golongan terbabit.
“Berdasarkan statistik semasa pasukan Risikan dan Operasi (RO) JIPS, 25 pemeriksaan dan serbuan sudah dilaksanakan dan daripada jumlah itu, 16 anggota ditahan kerana terbabit dalam aktiviti JOL.
“Mereka akan dikenakan tindakan tatatertib selepas siasatan selesai sepenuhnya,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.