Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Kerajaan Usaha Tambah Peruntukan Bina Baik Pulih Perumahan Polis Dalam Belanjawan 2024 Pm

Published: 24 Aug 2023 12.20 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ipoh, 24 Ogos 2023 - Kerajaan berusaha menambah peruntukan untuk membina dan membaik pulih perumahan polis dalam Belanjawan MADANI 2024 yang akan dibentangkan pada Oktober ini, kata Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kerajaan-usaha-tambah-peruntukan-bina-baik-pulih-perumahan-polis-dalam-belanjawan-2024-pm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:49 MYT
Ipoh, 24 Ogos 2023 - Kerajaan berusaha menambah peruntukan untuk membina dan membaik pulih perumahan polis dalam Belanjawan MADANI 2024 yang akan dibentangkan pada Oktober ini, kata Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Dato' Seri Anwar berkata, beliau difahamkan setakat ini hanya kira-kira antara 40 ke 60 peratus sahaja perumahan polis yang boleh didiami dengan bakinya berada dalam keadaan tidak selamat.

“Insya-Allah Belanjawan MADANI pada bulan Oktober, kita akan cuba (mendapatkan) peruntukan tambahan untuk perumahan. Insya-Allah hal-hal lain macam perumahan tujuan paling utama di sini, yang itu kita akan tambah peruntukan segera

“Paling utama di sini kita akan tambah peruntukan segera baiki yang asas dulu, kemudian yang lain akan beri perhatian,” kata beliau ketika berucap pada majlis Jamuan Rakyat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama Warga dan Keluarga Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta di Briged Utara PGA di sini hari ini.

Dato' Seri Anwar yang juga Menteri Kewangan baru-baru ini mengumumkan beliau telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta untuk menaik taraf kelengkapan dan rumah daif pasukan tentera, serta RM40 juta untuk perumahan polis termasuk di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2219260

Sumber: Anwar Ibrahim dan BERNAMA

May be an image of 3 people

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 10 people

May be an image of 7 people and helicopter

May be an image of 5 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 6 people and dais

May be an image of 2 people, table and dais

May be an image of 3 people
ArticlePublished 24 Aug 2023 12.20 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM