Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Kejohanan Sepak Takraw Piala Kpn 2022 Menutup Tirai Dengan Jayanya

Published: 14 May 2022 2.44 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
POSTING PILIHAN: KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PIALA KPN 2022 MENUTUP TIRAI DENGAN JAYANYA Seremban, 14 Mei 2022 - Kejohanan Sepak Takraw Ketua Polis Negara (KPN) 2022 menutup tirai dengan jayanya di Kompleks Sukan Negeri, Paroi, petang tadi. Majlis perasmian penutup kejohanan telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato' Aidi Ismail yang mewakili KPN, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani. Dalam ucapannya, Dato' Aidi memuji inisiatif Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan seluruh jawatankuasa yang berjaya mengelolakan kejohanan bagi edisi kali ini dengan cemerlang dalam membudayakan sukan di peringkat PDRM. Sebanyak 19 pasukan telah mewakili kontinjen masing-masing dalam kejohanan tersebut yang berlangsung selama empat hari bermula 10 Mei lalu. Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan Pentadbiran Bukit Aman, DCP Hj. Azmi Adam, Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato' Ruslan Khalid, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur merangkap pengelola Sepak Takraw PDRM, ACP Sarifudin Mohd Salleh, wakil-wakil jabatan serta kontinjen. Sumber: Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kejohanan-sepak-takraw-piala-kpn-2022-menutup-tirai-dengan-jayanya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:31 MYT
Seremban, 14 Mei 2022 - Kejohanan Sepak Takraw Ketua Polis Negara (KPN) 2022 menutup tirai dengan jayanya di Kompleks Sukan Negeri, Paroi, petang tadi.
Majlis perasmian penutup kejohanan telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato' Aidi Ismail yang mewakili KPN, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.
Dalam ucapannya, Dato' Aidi memuji inisiatif Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan seluruh jawatankuasa yang berjaya mengelolakan kejohanan bagi edisi kali ini dengan cemerlang dalam membudayakan sukan di peringkat PDRM.
Sebanyak 19 pasukan telah mewakili kontinjen masing-masing dalam kejohanan tersebut yang berlangsung selama empat hari bermula 10 Mei lalu.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan Pentadbiran Bukit Aman, DCP Hj. Azmi Adam, Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato' Ruslan Khalid, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur merangkap pengelola Sepak Takraw PDRM, ACP Sarifudin Mohd Salleh, wakil-wakil jabatan serta kontinjen.
Sumber: Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia
ArticlePublished 14 May 2022 2.44 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM