Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Kdymm Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Kurnia Watikah Pelantikan Ahli Maiwp Kepada Pengarah Jips

Published: 04 Apr 2024 7.09 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 23 Ahli-Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi Sesi 2024-2026 termasuk Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Sri Azri Ahmad di Dewan Seri Maharaja, Istana Negara, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kdymm-seri-paduka-baginda-yang-di-pertuan-agong-kurnia-watikah-pelantikan-ahli-maiwp-kepada-pengarah-jips
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:20 MYT
Kuala Lumpur, 4 April 2024 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 23 Ahli-Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi Sesi 2024-2026 termasuk Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Sri Azri Ahmad di Dewan Seri Maharaja, Istana Negara, semalam.

Istiadat telah dimulakan dengan pengurniaan watikah pelantikan kepada Pengerusi MAIWP, Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer diikuti Datin Paduka Hjh. Hakimah Mohd Yusoff sebagai Timbalan Pengerusi MAIWP.

Pelantikan tersebut berkuat kuasa bermula pada 15 Februari 2024 hingga 14 Februari 2026 adalah mengikut Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im Mokhtar dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Hj. Yahya.

ArticlePublished 04 Apr 2024 7.09 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM