
Artikel
Update Artikel Pilihan Empat Lagi Termasuk Dua Wanita Ditahan Susulan Kes Warga Israel Kpn
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, memaklumkan tangkapan warga tempatan terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita itu dibuat di beberapa l...
Kuala Lumpur, 4 April 2024 - Polis Diraja Malaysia menahan empat individu bagi membantu siasatan berhubung penahanan seorang lelaki warga Israel bersama enam pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini, minggu lalu.
"Kita ada tahan empat lagi individu di Johor semalam, yang kita percaya boleh membantu siasatan polis dalam kes ini.
"Kesemua suspek berusia antara 28 hingga 41 tahun ditangkap di sekitar kawasan Skudai dan Gelang Patah. Siasatan masih dijalankan," katanya kepada Berita Harian, hari ini.
Tan Sri Razarudin berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kaitan empat suspek terbabit dalam kes ini serta peranan mereka.
Menerusi empat tangkapan terbaharu ini, menjadikan seramai lapan individu ditahan setakat ini termasuk suspek utama iaitu lelaki Israel berusia 38 tahun.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1231429/terkini-empat-lagi-termasuk-dua-wanita-ditahan-susulan-kes%C2%A0warga
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1231429/terkini-empat-lagi-termasuk-dua-wanita-ditahan-susulan-kes%C2%A0warga