
Artikel
Posting Pilihan Kdn Tegas Bendung Ekstremisme Hasutan
Kerajaan MADANI melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan komitmen tegas untuk tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk ekstremisme, hasutan serta pe...
Kerajaan MADANI melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan komitmen tegas untuk tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk ekstremisme, hasutan serta penyalahgunaan media sosial yang boleh mencetuskan perpecahan kaum, ketegangan agama dan menggugat keselamatan serta ketenteraman awam negara.
Melalui pemantauan dan risikan berterusan oleh Polis Diraja Malaysia, kerajaan sentiasa berwaspada terhadap penyebaran ideologi melampau yang menolak kepelbagaian, seterusnya berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.
Sebarang perbuatan menyebarkan kebencian berasaskan kaum atau agama, menyokong fahaman radikal, mahu pun menyalahgunakan kedudukan untuk tujuan ekstremisme boleh dikenakan tindakan tegas selaras dengan undang-undang dan peraturan sedia ada.