
Artikel
Posting Pilihan Kdn Komited Perkasa Kebajikan Anggota Demi Keselamatan Negara Dan Rakyat
Kuala Lumpur, 7 Julai 2026 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) komited memperkasa kebajikan warga agensi di bawah kementerian menerusi peruntukan melebihi RM429 j...
Kuala Lumpur, 7 Julai 2026 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) komited memperkasa kebajikan warga agensi di bawah kementerian menerusi peruntukan melebihi RM429 juta bagi melaksanakan pelbagai inisiatif dan pelaburan strategik yang memfokuskan kepada peningkatan kesejahteraan anggota, sekali gus memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta kesiapsiagaan dalam menjamin keselamatan negara dan rakyat.
Antara agensi yang menerima manfaat daripada peruntukan tersebut ialah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia di Johor.
Inisiatif yang dilaksanakan merangkumi pembinaan premis baharu, penyediaan kuarters, kerja-kerja menaik taraf fasiliti operasi serta penambahbaikan infrastruktur bagi memperkukuh keupayaan dan kesiapsiagaan agensi-agensi penguat kuasa.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)