Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Kawalan Keselamatan Perairan Timur Sabah Berada Pada Tahap Terbaik

Diterbitkan: 07 May 2023 2.26 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Menurut Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, statistik kes yang paling utama berlaku di perairan kawasan tersebut adalah membabitkan penculikan untuk meminta wang tebusan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kawalan-keselamatan-perairan-timur-sabah-berada-pada-tahap-terbaik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:28 MYT
Putrajaya, 7 Mei 2023 - Kawalan keselamatan di perairan timur Sabah masih berada pada tahap yang terbaik.

Menurut Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, statistik kes yang paling utama berlaku di perairan kawasan tersebut adalah membabitkan penculikan untuk meminta wang tebusan.

"Sehingga kini, kita lihat kawasan keselamatan adalah pada tahap yang terbaik dan saya sering ulang bahawa tahap yang terbaik ini tidak boleh dilonggarkan kesiapsiagaannya.

“Kalau lihat statistik kejadian terakhir adalah 15 Januari 2020, itu pun cubaan yang dapat kita gagalkan.

"Jadi adakah ini menunjukkan kita berpuas hati? Tidak."

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Kejohanan Menembak RMP Open Championship 2023 Level III di sini.

Tambah beliau, pihaknya akan sentiasa mengambil tindakan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan anggota selain memastikan kelengkapan aset berada pda tahap optimum.

Dalam pada itu, beliau berkata Polis Diraja Malaysia juga sentiasa memohon kepada kerajaan untuk menambah kekuatan aset seperti vesel atau mengganti aset yang telah usang.

Selain itu, lebih banyak pos kawalan turut akan dibina di sepanjang sempadan Sabah dengan Kalimantan Utara termasuk di pulau-pulau.

Sumber: Berita RTM

May be an image of 2 people and text that says 'BERITA cm KAWALAN KESELAMATAN PERAIRAN TIMUR SABAH Berada pada tahap terbaik beritartm berita.rtm.gov.my
ArtikelDiterbitkan 07 May 2023 2.26 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM