Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Kadet Sarjan Pdrm Ditekan Prinsip Hindari Rasuah Salah Guna Kuasa

Diterbitkan: 07 Jun 2024 8.19 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.09 PM
Kesemua mereka yang berkelulusan diploma berusia antara 22 hingga 26 tahun, berjaya mengharungi cabaran latihan selama sembilan bulan bermula 10 September tahun lalu, sekaligus mengubah diri daripada personaliti orang awam menjadi pegawai polis.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kadet-sarjan-pdrm-ditekan-prinsip-hindari-rasuah-salah-guna-kuasa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT
Kuala Lumpur, 7 Jun 2024 - Seramai 247 Sarjan Pelatih atau lulusan Kadet Sarjan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menamatkan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK), Sarjan Percubaan Siri 1/2023 hari ini.

Kesemua mereka yang berkelulusan diploma berusia antara 22 hingga 26 tahun, berjaya mengharungi cabaran latihan selama sembilan bulan bermula 10 September tahun lalu, sekaligus mengubah diri daripada personaliti orang awam menjadi pegawai polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kesemua 247 graduan Kadet Sarjan ini perlu memberi penekanan terhadap dua fokus utama sebagai asas dalam melalui landasan perkhidmatan mereka.

"Fokus pertama, perkhidmatan PDRM yang bertunjangkan Integriti dan Tata Kelola yang Baik (Good Governance) yang menuntut amalan dan pembudayaan dalam setiap tindakan dan sudut kehidupan. Elemen ini harus dijadikan benteng utama bagi mengekang keterlibatan warga Polis dengan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
"Fokus kedua, mendukung dasar-dasar kerajaan ke arah kesejahteraan masyarakat, menuntut seluruh warga pasukan mengenepikan kepentingan peribadi, sebaliknya memusatkan fokus dan matlamat selaras dasar kerajaan demi kepentingan kesejahteraan masyarakat," katanya selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan PLAK, di PULAPOL, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../kadet-sarjan-pdrm-ditekan...

ArtikelDiterbitkan 07 Jun 2024 8.19 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.09 PM