
Article
Posting Pilihan Jsjn Dan Skmm Perkasa Kerjasama Perangi Ancaman Keselamatan Siber 20251112
Putrajaya, 11 November 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi...
Putrajaya, 11 November 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din di Ibu Pejabat SKMM, di sini semalam.
Pertemuan tersebut memberi fokus kepada usaha memperkasa jalinan strategik antara JSJN dan SKMM, khususnya dalam aspek keselamatan siber, komunikasi serta membanteras penyalahgunaan platform digital oleh sindiket dadah.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Narkotik (Perlucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) JSJN Bukit Aman, DCP Mohd Zani Che Din, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) JSJN Bukit Aman, DCP Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali, Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) JSJN Bukit Aman, Datuk SAC Mohd Zaki Ashar serta para pegawai kanan JSJN Bukit Aman.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM



