Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Jenazah Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Selamat Disemadikan Di Kampung Halamannya

Published: 18 May 2024 4.36 PM Updated: 15 Aug 2026 8.12 PM
Kuantan, 18 Mei 2024 - Jenazah seorang wira Polis Diraja Malaysia yang terkorban dalam tragedi serangan berdarah dekat Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat lalu, selamat disemadikan kira-kira jam 5.50 petang tadi di kampung halamannya dekat Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Gambang di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-jenazah-allahyarham-konstabel-muhamad-syafiq-selamat-disemadikan-di-kampung-halamannya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:41 MYT
Kuantan, 18 Mei 2024 - Jenazah seorang wira Polis Diraja Malaysia yang terkorban dalam tragedi serangan berdarah dekat Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat lalu, selamat disemadikan kira-kira jam 5.50 petang tadi di kampung halamannya dekat Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Gambang di sini.

Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Mohd Said yang terkorban bersama rakan setugasnya Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar selamat tiba di negeri kelahirannya, Pahang dan sempat disolatkan dirumah keluarganya dekat sini.
Menyambut ketibaan jenazah tadi bersama-sama ahli keluarga Allahyarham yang diketuai bapanya, Encik Ahmad Said Md Piah ialah Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Sri Yahaya Othman.

Yang turut hadir menyantuni ahli keluarga dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham tadi ialah barisan pucuk pimpinan Polis Pahang dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Dato’ Sri Yahaya turut kelihatan menyerahkan Jalur Gemilang yang menutupi keranda Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq kepada Encik Ahmad Said dalam majlis pengebumian yang dijalankan dalam penuh adat istiadat kepolisan tadi.

Sumber Gambar: Pahang Media

ArticlePublished 18 May 2024 4.36 PMUpdated 15 Aug 2026 8.12 PM