Artikel
Posting Pilihan Jenazah Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Selamat Disemadikan Di Kampung Halamannya
Kuantan, 18 Mei 2024 - Jenazah seorang wira Polis Diraja Malaysia yang terkorban dalam tragedi serangan berdarah dekat Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Juma...
Kuantan, 18 Mei 2024 - Jenazah seorang wira Polis Diraja Malaysia yang terkorban dalam tragedi serangan berdarah dekat Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat lalu, selamat disemadikan kira-kira jam 5.50 petang tadi di kampung halamannya dekat Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Gambang di sini.
Menyambut ketibaan jenazah tadi bersama-sama ahli keluarga Allahyarham yang diketuai bapanya, Encik Ahmad Said Md Piah ialah Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Sri Yahaya Othman.
Yang turut hadir menyantuni ahli keluarga dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham tadi ialah barisan pucuk pimpinan Polis Pahang dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.
Dato’ Sri Yahaya turut kelihatan menyerahkan Jalur Gemilang yang menutupi keranda Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq kepada Encik Ahmad Said dalam majlis pengebumian yang dijalankan dalam penuh adat istiadat kepolisan tadi.
Sumber Gambar: Pahang Media