Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Hebahan Polis Cari Pemandu Proton Iriz Buli Jalan Raya

Published: 25 Jan 2023 7.18 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 21 Januari 2023 - Polis mencari pemandu sebuah Proton Iriz bagi membantu siasatan berkaitan tindakannya yang boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada pemandu lain.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-hebahan-polis-cari-pemandu-proton-iriz-buli-jalan-raya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:55 MYT
Kuala Lumpur, 21 Januari 2023 - Polis mencari pemandu sebuah Proton Iriz bagi membantu siasatan berkaitan tindakannya yang boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada pemandu lain.

Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia menerusi kenyataan di Facebook berkata, satu video tular berdurasi 14 saat memaparkan sebuah kereta Proton Iriz warna hijau dipandu secara berbahaya dan cuba menghalang laluan sebuah kereta (perakam video).

"JSPT menggesa pemandu kereta ini segera tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan memandangkan nombor plat kenderaan tersebut telah dikenal pasti," kata kenyataan itu.

BH Online awal hari ini melaporkan anak
Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Nurul Ilham Dato' Seri Anwar, mendakwa menjadi mangsa buli jalan raya.

Beliau berkata, pemandu kereta terbabit asyik menekan brek di lorong laju dan menyatakan tindakan pemandu terbabit amat berbahaya apatah lagi ketika itu anaknya berusia dua tahun turut bersamanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../buli-jalan-raya-polis-cari...


Posting Pilihan Hebahan Polis Cari Pemandu Proton Iriz Buli Jalan Raya
ArticlePublished 25 Jan 2023 7.18 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM