Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Hasrat Koperal Azmi Bertemu Rakan Tercapai

Diterbitkan: 25 Jan 2021 12.28 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.22 AM
Beliau berkata, Koperal Azmi adalah bekas anggota yang pernah bertugas di Bahagian Stor Barang Kes Berpusat di Kepala Batas sebelum bertukar ke Bahagian Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-hasrat-koperal-azmi-bertemu-rakan-tercapai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:24 MYT
Seberang Perai, 25 Januari 2021 - Hasrat seorang anggota polis yang menghidap barah rahang untuk bertemu dengan bekas rakan setugas tercapai selepas menerima kunjungan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di kediamannya di Taman Bertam Perdana, Kepala Batas di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah SPU, ACP Tuan Noorzainy Mohd. Noor meluangkan masa kira-kira 30 minit menziarahi Koperal Azmi Kamarudin, 34, selain turut menyampaikan sumbangan lampin pakai buang beserta barangan keperluan lain.

Beliau berkata, Koperal Azmi adalah bekas anggota yang pernah bertugas di Bahagian Stor Barang Kes Berpusat di Kepala Batas sebelum bertukar ke Bahagian Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Katanya, hasrat Koperal Azmi untuk bertemu dengan rakan-rakannya tular dalam media sosial semalam dan pihaknya tampil memenuhi permintaannya di samping menghulurkan bantuan yang diperlukan.

“Keluarganya juga ada menyatakan keinginan untuk membawa Azmi pulang ke kampung kelahirannya di Betong, Seri Aman, Sarawak.

“Walau bagaimanapun, saya meminta isterinya mendapatkan laporan perubatan dan nasihat doktor terlebih dahulu.

“Sekiranya Koperal Azmi berada dalam keadaan stabil dan boleh diterbangkan, saya akan bertemu dengan Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato' Sahabudin Abdul Manan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.kosmo.com.my/.../hasrat-koperal-azmi-bertemu.../
ArtikelDiterbitkan 25 Jan 2021 12.28 PMDikemas kini 17 Jul 2026 2.22 AM