Article
Posting Pilihan Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Bukit Aman Disambut Meriah
Kuala Lumpur, 11 Oktober 2025 - Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bukit Aman 2025 disambut meriah di Dataran Kompleks 3, Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Kuala Lumpur, 11 Oktober 2025 - Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bukit Aman 2025 disambut meriah di Dataran Kompleks 3, Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Program anjuran Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti) JPJKK Bukit Aman, DCP Dato' Aida Abdul Hamid merangkap Pemangku Pengarah JPJKK.
Bertemakan "Malaysia Aktif", sambutan kali ini melibatkan penyertaan lebih 500 warga Polis Diraja Malaysia daripada 10 jabatan bersama ahli keluarga masing-masing.
Program dimulakan dengan gimik pelancaran acara memanah, diikuti dengan aktiviti senamrobik serta "brisk walk" sejauh empat kilometer yang berlangsung di Taman Tasik Perdana.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar, Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, DCP Shamsul Amar Ramli, pegawai kanan dan pegawai rendah polis serta pegawai awam.
Sumber: Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti PDRM

