Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Dan Pengerusi Perkep Malaysia Santuni Warga Pasukan Di Perak

Diterbitkan: 13 Oct 2025 4.23 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.43 PM
Ipoh, 11 Oktober 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Sri Datuk Hjh. Munirah Che Rose, hari ini menyantuni warga kerja Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang sedang uzur di kediaman masing-masing, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-dan-pengerusi-perkep-malaysia-santuni-warga-pasukan-di-perak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:20 MYT
Ipoh, 11 Oktober 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Sri Datuk Hjh. Munirah Che Rose, hari ini menyantuni warga kerja Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang sedang uzur di kediaman masing-masing, di sini.

Lawatan kebajikan tersebut melibatkan dua anggota iaitu Sarjan Mokhtarruddin Ismail yang bertugas di Jabatan Ketenteraman Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam serta Konstabel Mohd Zamri Karia dari Jabatan Pengurusan Kontinjen Perak.
Kunjungan bermula di kediaman Sarjan Mokhtarruddin di Taman Tanjung Berjaya, Tanjung Rambutan sekitar jam 3.00 petang. Beliau kini sedang menjalani rawatan susulan akibat masalah kesihatan berkaitan kanser prostat, manakala isterinya, Puan Salma Wahid turut berdepan dengan masalah kesihatan apabila disahkan menghidap kanser payudara.

Seterusnya, pasangan tersebut menziarahi Konstabel Mohd Zamri Karia di Taman Seri Raia, Simpang Pulai. Mereka meluangkan masa hampir setengah jam bertanyakan khabar dan mengetahui perkembangan kesihatan isteri beliau, Puan Nur Salwa Wahap yang menghidap kanser Limfoma.

Kehadiran Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid dan Datin Sri Datuk Hjh. Munirah nyata memberikan suntikan semangat serta penghargaan besar kepada anggota dan keluarga yang diziarahi. Dalam kesempatan itu, KPN turut menyampaikan sumbangan serta sokongan moral agar mereka terus cekal menghadapi ujian dari-Nya.

Turut hadir, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Kamaruzaman Abdullah, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato’ Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, Timbalan Ketua Polis Perak, DCP Mohammad Azlin Hj. Sadari dan Ketua Cawangan Khas IPK Perak, SAC Hishammuddin Mohd Amin.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery


Kpn Dan Pengerusi Perkep Malaysia Santuni Warga Pasukan Di Perak


Kpn Dan Pengerusi Perkep Malaysia Santuni Warga Pasukan Di Perak


Kpn Dan Pengerusi Perkep Malaysia Santuni Warga Pasukan Di Perak


Kpn Dan Pengerusi Perkep Malaysia Santuni Warga Pasukan Di Perak


May be an image of one or more people, dais and text


May be an image of dais and text
ArtikelDiterbitkan 13 Oct 2025 4.23 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.43 PM