
Artikel
Posting Pilihan Hari Kebangsaan Ke 65 Warga Kontinjen Kelantan Santuni Masyarakat Orang Asli Kuala Koh Dalam Program Csr
Gua Musang, 27 Ogos 2022 – Dalam menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan ke-65 oleh Keluarga Malaysia pelbagai aktiviti diadakan bagi memperingati bulan ke...
Gua Musang, 27 Ogos 2022 – Dalam menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan ke-65 oleh Keluarga Malaysia pelbagai aktiviti diadakan bagi memperingati bulan kemerdekaan ini. Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan tidak ketinggalan mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Ekspedisi Kemerdekaan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Perkampungan Orang Asli Kuala Koh, Kelantan baru-baru ini.
Program yang turut disertai KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA termasuk badan bukan kerajaan (NGO) ini telah melakukan pelbagai aktiviti antaranya pemeriksaan kesihatan, pertandingan sukaneka, pertandingan mewarna dan penyampaian bantuan berupa bakul makanan kepada penduduk.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#27082022