Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Hari Kebangsaan Ke 65 Parut Tembakan Bukti Pengorbanan Pesara Lans Koperal Samin Parlan Menentang Komunis

Diterbitkan: 27 Aug 2022 11.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pontian, 27 Ogos 2022 - Kesan parut tiga das tembakan di tubuh menjadi bukti pengorbanan dan penderitaan pesara Lans Koperal Samin Parlan dalam menentang komunis 46 tahun lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-hari-kebangsaan-ke-65-parut-tembakan-bukti-pengorbanan-pesara-lans-koperal-samin-parlan-menentang-komunis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:18 MYT
Pontian, 27 Ogos 2022 - Kesan parut tiga das tembakan di tubuh menjadi bukti pengorbanan dan penderitaan pesara Lans Koperal Samin Parlan dalam menentang komunis 46 tahun lepas.

Samin, 82, sesungguhnya tidak akan melupakan insiden tembak-menembak yang berlaku di pekarangan sebuah rumah di Jalan Princes, Pasir Pinji, Perak pada 5.00 petang, 25 Ogos 1976 ketika beliau berkhidmat sebagai anggota Terup 5C Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Dalam kejadian itu, beliau yang ketika itu berpangkat konstabel dan berusia 36 tahun terkena dua tembakan di perut serta satu di dada.

Menceritakan peristiwa hitam itu, Samin berkata, ketika itu beliau bersama dua rakan, dikenali sebagai Yam Yam Fong dan Mohamad Salleh ditugaskan untuk membantu seorang Pegawai Cawangan Khas, Inspektor Mat Zin ke rumah tersebut yang dipercayai tempat persembunyian komunis.

“Sebaik sampai di rumah berkenaan, kami melihat ada seorang lelaki dipercayai ejen komunis keluar dari hutan berdekatan hendak masuk ke rumah itu dan kami tahan serta periksa.
“Tak lama selepas itu terdengar bunyi tembakan, tapi tak dapat dipastikan dari arah mana tembakan itu. Ia berlaku dengan cepat dan kami berbalas tembakan. Saya hanya sedar apabila sudah terbaring cedera bersama Mohamad manakala Yam selamat,” katanya.
Beliau berkata Inspektor Mat dan seorang ejen komunis maut dalam insiden itu namun polis berjaya merampas sepucuk pistol, sejumlah peluru dan sejumlah dokumen berkaitan komunis di lokasi kejadian.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2115052

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#27082022
ArtikelDiterbitkan 27 Aug 2022 11.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM