Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Gempur Mini Dhaka 1 101 Pati Termasuk Dua Kanak Kanak Ditahan

Diterbitkan: 21 Dec 2023 12.13 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 21 Disember 2023 - Seramai 1,101 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua kanak-kanak ditahan selepas lokasi tumpuan warga asing dikenali 'Mini Dhaka' di Jalan Silang, di sini, digempur pihak berkuasa hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-gempur-mini-dhaka-1-101-pati-termasuk-dua-kanak-kanak-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 17:10 MYT
Kuala Lumpur, 21 Disember 2023 - Seramai 1,101 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua kanak-kanak ditahan selepas lokasi tumpuan warga asing dikenali 'Mini Dhaka' di Jalan Silang, di sini, digempur pihak berkuasa hari ini.

Menerusi serbuan bermula jam 11 pagi itu, sebanyak 60 premis di lokasi berkenaan serta di sekitar Kompleks Kota Raya diperiksa.
Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Allaudeen Abdul Majid berkata, serbuan dijalankan selepas pihaknya menerima banyak aduan tentang kebanjiran warga asing serta masalah jenayah di lokasi itu yang rata-ratanya didalangi warga asing.

"Operasi bertujuan membanteras pelbagai jenayah di kawasan sekitar Kompleks Kota Raya dan Kuala Lumpur terutama membabitkan PATI. Selain itu operasi turut memfokuskan kepada membanteras sebarang aktiviti tidak sihat di kawasan ini.
"Hasil pemeriksaan terhadap 60 premis di kawasan sekitar Kompleks Kota Raya berjaya menahan 1,101 PATI selepas mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah," katanya ketika sidang media di Pusat Latihan Polis di sini, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../gempur-mini-dhaka-1101...

Sumber: Polis KL

ArtikelDiterbitkan 21 Dec 2023 12.13 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM