
Article
Posting Pilihan Gempur Mini Dhaka 1 101 Pati Termasuk Dua Kanak Kanak Ditahan
Kuala Lumpur, 21 Disember 2023 - Seramai 1,101 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua kanak-kanak ditahan selepas lokasi tumpuan warga asing dikenali '...
Kuala Lumpur, 21 Disember 2023 - Seramai 1,101 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua kanak-kanak ditahan selepas lokasi tumpuan warga asing dikenali 'Mini Dhaka' di Jalan Silang, di sini, digempur pihak berkuasa hari ini.
Menerusi serbuan bermula jam 11 pagi itu, sebanyak 60 premis di lokasi berkenaan serta di sekitar Kompleks Kota Raya diperiksa.
"Operasi bertujuan membanteras pelbagai jenayah di kawasan sekitar Kompleks Kota Raya dan Kuala Lumpur terutama membabitkan PATI. Selain itu operasi turut memfokuskan kepada membanteras sebarang aktiviti tidak sihat di kawasan ini.
"Hasil pemeriksaan terhadap 60 premis di kawasan sekitar Kompleks Kota Raya berjaya menahan 1,101 PATI selepas mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah," katanya ketika sidang media di Pusat Latihan Polis di sini, hari ini.