
Artikel
Posting Pilihan Esscom Ppm Gempur Rumah Air Cekup Tiga Lanun Filipina
Semporna, 6 Disember 2020 – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat berjaya melumpuhkan k...
Semporna, 6 Disember 2020 – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat berjaya melumpuhkan kegiatan samun bersenjata dan curi enjin sangkut yang didalangi oleh sekumpulan penjenayah dari negara Filipina.
ESSCOM dalam satu hantaran di akaun Facebook rasminya berkata, dua serbuan berasingan telah dijalankan di kawasan pondohan (rumah kecil atas air) sekitar Semporna.
“Kesemua suspek adalah warga asing Filipina berumur antara 20 hingga 50 tahun yang disyaki terlibat dalam beberapa kes samun dan rompak di perairan Inderasabah,” kata Komander ESSCOM, DCP Datuk Ahmad Fuad Othman.
Polis turut merampas sepucuk pistol Colt.45, satu kelopak pistol berisi enam butir peluru, 19 butir peluru hidup, enjin sangkut dan sebuah perahu.
Datuk Ahmad Fuad menambah, kesemua suspek telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk tindakan lanjut.
Sumber:
Eastern Sabah Security Command -Esscom
dan Airtimes.my